KLK Berhad telah mencadangkan pelan pembangunan baharu bagi konsesinya yang meliputi kawasan seluas 788.82ha yang terletak di dalam kawasan operasinya di unit pengurusan PT Putra Bongan Jaya (PT PBJ). Kawasan cadangan pembangunan terletak di Kampung Pulau Lanting Kecamatan Jempang, serta Kampung Muara Kedang, Jambuk dan Muara Gusik Kecamatan Bongan, Kutai Barat, Provinsi Kalimantan Timur, Indonesia.
Pengesahan NPP PT PBJ telah dijalankan oleh juruaudit PT Mutuagung Lestari pada 29 Julai 2020 – 2 Ogos 2020.
Laporan Ringkasan kawasan ini kini sedang menjalani pemberitahuan awam selama 30 hari seperti yang dikehendaki oleh Prosedur Penanaman Baharu RSPO 2015 bermula dari 3 Mei 2021 hingga 2 Jun 2021.